LAFAZ AZAN
Lafaz Azan
atau Bang terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua
kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut
sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja.
Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-
Pada Azan
Subuh, selepas lafaz; حَيَّ عَلَى
الْفَلاَحِ (“Haiyaalal falah” – Marilah
menuju kejayaan), hendaklah ditambahkan bacaan berikut 2 kali:
Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan
Banyak
fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila
tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua
daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Quran,
as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai
beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:
(01)Seruanadalah
sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan
solat.
(02)Lantunan azan yang
indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
(03)Laungan
azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
(04)Mazzin
diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
(05)Muazzin
dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
(06)Beroleh
pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
(07)Amalan
bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke
matlamat utama.
(08)Lafaz
azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar
keagungan Islam.
(09)Berazan
dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan
diampuni dan dijamin Syurga.
(10)Mendengar
seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
(11)Menyebabkan Iblis
dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari
terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila
selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia
akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi
mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya:
Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan
seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu
Hurairah).
Wallahu
A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah
Maha Mengetahui apa yang benar)