Satu ketika dulu, en
suami pernah bawak balik pesanan ustaz dari satu majlis ilmu tentang manfaat
berzikir menggunakan jari-jemari tangan. Alhamdulillah sering dipraktikkan dan
saya panjangkan lagi ilmu tersebut kepada rakan-rakan semasa satu sesi usrah di
rumah seorang sahabat.
Semalam semasa membelek buku Formula Solat Sempurna olehUstaz Zaharuddin, ada bahagian yang menyebut perkara yang sama. Ada hadis yang dianggap shahih di dalam memperkatakan kelebihan membilang tasbih dengan menggunakan kaedah kiraan jari-jemari tangan ini.
Maksud hadis:
(Riwayat al-Tirmizi dan di-anggap sahih)
Contoh kira tasbih guna jari kanan:
Kita mula kira dari
ruas pertama jari kelingking. Terus kira ikut ruas hingga ke hujung jari,
kemudian turun balik ikut ruas. Ulangi proses hingga sampai ke ibu jari. Kiraan
yang terkandung dalam 5 jari kita semuanya berjumlah 33x. Jadi contoh:
jika kita bertasbih Subhanallah 33x, bertahmid Alhamdulillah 33x, bertakbir
Allahu Akhbar 33x maka bolehlah kita genapkan dengan ucapan tahlil iaitu
Lailahaillallah 1x bagi mencukupkan 100x. Jadi hanya perlu ulang bilang
dengan 5 jari kita sebanyak 3 pusingan. Begitu mudah untuk gunakan jari semasa
berzikir. Alhamdulillah.
|
(gambar dari google)
|
Selamat Beramal.