SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
Surah Al-Ikhlas terdiri daripada 4 ayat
adalah surah ke-112 dalam Al-Quran.
Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau
tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
Ia juga dikenali
sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang
mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam,
dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk
kepada Allah SWT).
B. Sebab Diturunkan
Terdapat di dalam
beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini
diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah
SAW: صف
لنا
ربك - ‘Shif lanaa
rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah
dia atau tembaga atau loyangkah?).
Menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin
meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau
sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
Abu Su’ud berkata
dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat
2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah
pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai
kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya,
untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan
menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya
terkumpul segala sifatKesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat
berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada
dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan penegasan ‘Tidak
beranak’ ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah
anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu
tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang
mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada
pergaulan berdua timbullah anak.”
C. Fadhilat
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah
di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah
al-Ikhlas antara lain :1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini
sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk
rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki
kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada
anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat
rumah akan menyahut.
Membaca ketika
memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada
kefakiran dan kemiskinan.
* Nota – Berkenaan
memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
2. Sebahagian
Al-Quran
Dari Imam Bukhari,
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah
al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan
itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang
nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Abu Hurairah r.a.
Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu
pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
Sabda Rasulullah
SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah
membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Dari Abu Hurairah
r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga
akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
3. Khatam
Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu
kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran.
Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca
satu Al-Quran.
“Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran
seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al
Ghanawy)
Rasulullah SAW
pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu
yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina
Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah
SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali,
dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali
khatam.”
4. Pahala
membacanya
Dari Ubay Ibn
Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu
kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada
Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
Daripada Ibnu
Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah
SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan
jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke
maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan
kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
5. Penebus
Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali,
bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang
mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari
neraka.”
Diriwayatkan oleh
Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca
‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus
dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di
bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu
khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.”
6. Diampuni
Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca
surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama
50 tahun.
Rasullullah SAW
bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus
kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat
perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan
zina dan Minuman keras.”
“Sesiapa
membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat
memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
7. Selamat
Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah
SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Rasullullah
SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya
diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
8. Balasan
Syurga
Dari Al-Muwatta’,
diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan denganRasulullah SAW lalu
Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya
bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah
syurga bagi si pembaca itu).”
Rasululllah SAW
bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah
Al-Ikhlas)sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di
syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah
SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali
setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW
bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan
malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR:
Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Sebuah kisah yang
terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah
sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam.
Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga.
Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku
melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga
pula?”
Jawab si anak: “Hari
ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan
pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam
syurga sekarang.”
Subhanallah, hanya
sekadar surah yang begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati
tadi. Maka eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam
apa jua perkara yang kita lakukan.
Diriwayatkan pula
dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan
tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
9.
Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW
bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas
kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa
selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3
kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari
marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah
SAW: “Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”