Surah Al Mulk
(bahasa Arab:الملك
) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang
terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang
terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat
ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk
adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat
dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk
hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan
kehidupan seharian.
Ulama berkata : “Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah
As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kandungan Surah Al
Mulk
Secara umumnya,
surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk
ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang
bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan
ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
Allah telah
menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan
seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa
menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
Beberapa ayat yang
seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia
di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah
belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi
kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
Cuba kita lihat
dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat
kebaikan? Jika ya, cuba periksa iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke
dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
Dan secara
ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui
perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di
angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka
terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan
kekuasaaan-Nya.
Surah ini ditutup
dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah
(Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka
siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al
Mulk
Surah ini
menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam
hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah
dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya
Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As
Sajadah dan surah Al Mulk.”
1. Surah ini akan
menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya
dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat
rahmat
Allah).
4. Di hari kiamat
rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf
(cantik).
5. Dinamakan Surah
gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari
Hadis
Terdapat banyak
hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
1. Mendapat
Syafaat
Daripada Abu
Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di
dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi
keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah
meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada
satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang
membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta
ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sebahagian
surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30
ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya
dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya
surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan
bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan
mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
2.
Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur
orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya
untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat
dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati)
dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap
sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini
selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya
daripada azab kubur.
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Surah Al Mulk itu
memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina
‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga
menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala,
terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini
kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu
Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di
atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara
bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan
berkata: “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur
dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia
sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah
yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR
At-Tarmizi)
3. Hati Beriman
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Mendapat
Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali
berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada
hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti
nabi Yusuf.”
Ulama
berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung
di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia
mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh
semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari
Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al
Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
1. Khasiat
Ayat 14 Surah Al-Mulk
Tidakkah Allah
yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia
Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat
dan berwibawa.
2. Boleh
mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai
apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan
menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki
dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012
kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa
kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat
hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri,
sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal
dalam kubur dan
perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di
atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam
keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur
mengiring dengan lembung kanan.
2. Khasiat
Ayat 23 Surah Al-Mulk
Katakanlah (wahai
Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan
bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi)
amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Jika diamalkan
ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan
dan sembuh sakit giginya.
Terdapat banyak
keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus
mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.