Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
-Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
-As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
-Al-lail dan Al-Insyirah.
(b)Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
-Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
-Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat
Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari
tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah
sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan
sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling
banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh
dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah
sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku
cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan
At-Tabrani)
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira
cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu
solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu
Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam
8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha
adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih
kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba,
di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah
solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta
telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan
Tirmidzi).
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah
12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan
rakaat.
(01)Niatnya:
(02)Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
(a)Solat sunat Dhuha dua rakaat:-Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
-As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
-Al-lail dan Al-Insyirah.
(b)Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
-Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
-Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
(03)Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
(04)Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
(05)Berdoa
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai
banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi
keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh
Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu
yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah
(malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha;
Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”
(HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan
keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).