Berita Terkini :

Home » » Empat Kategori Waktu Solat

Empat Kategori Waktu Solat

Dalam Mazhab Syafi’ie, terdapat empat kategori waktu solat. Menurutnya lagi solat di awal waktu adalah yang terbaik dan diikuti dengan ‘Waktu Ihktiyar’. Adapun menurut mazhab Syafi’ie, ‘Waktu Ihktiyar’ bukanlah bermaksud waktu pilihan secara mutlak atau secara keseluruhan, tetapi waktu pilihan yang terbaik berbanding waktu berikutnya iaitu ‘Waktu Jawaz’ (waktu harus). Waktu pilihan secara keseluruhan ialah selagi belum terbit fajar (masuk waktu subuh).
Secara ringkasnya dalam Mazhab Syafi’ie, keseluruhan waktu solat yang terbahagi kepada empat tersebut ialah;
Pertama; Waktu Terbaik, iaitu di awal waktu.
Kedua; Waktu Ikhtiyar, iaitu hingga sepertiga waktu.
Ketiga; Waktu Jawaz (harus), iaitu hingga sebelum tamatnya waktu (sebelum masuk waktu solat yang lain kecuali subuh di mana waktu tamatnya ialah sebelum terbit matahari).
Keempat; Waktu Hurmah (waktu haram), iaitu menangguh solat hingga ke saat terlalu hujung waktu di mana waktu yang masih tinggal tidak cukup untuk menyempurnakan keseluruhan rakaat solat. Solat jika sempat ditunaikan di dalam waktu sekurang-kurangnya satu rakaat maka ia dikira tunai secara keseluruhannya (sekalipun rakaat selebihnya dilakukan setelah habis waktu). Jika tidak sempat satu rakaat maka keseluruhanya dikira qadha’.
Permasalahan
(01)Seseorang yang tertidur pada waktu Isyak atau menangguhkan solatnya kerana mahu tidur dahulu sehinggalah terjaga selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dalam pukul 1 atau 3 pagi atau jam 5.30 pagi, iaitu ketika hampir Subuh, kemudian baru bangun menunaikan solat Isyak. Kedudukan solatnya adalah sah dan boleh diterima kerana dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya walaupun makruh dan dia dikira berdosa kerana melewatkan solat Isyak sehingga masuk waktu dharurah. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w membenci tidur sebelum Isyak dan Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ‘anhu berkata: “Adalah Rasulullah menyenangi mengakhirkan Solat Isyak. Dan Baginda membenci tidur sebelum Solat Isyak …”(Hadis Riwayat Ibnu Majah r.a.)
(02)Sekiranya seseorang itu terjaga sewaktu telah hampir pada solat seterusnya, dia boleh meneruskan solatnya dan jika boleh dapat 1 rakaat dalam waktu tersebut, solatnya adalah dan sah diterima. Jika tertidur samada dengan sengaja atau tidak, seseorang itu hendaklah segera mengqadhakan solat fardhunya selepas terbangun dari tidur walaupun waktu terbangun itu telah melepasi dari waktu solat berkenaan ataupun telah masuk waktu solat yang lain. InsyaAllah solatnya akan diterima.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidaklah tertidur itu (dianggap) kelalaian. Kelalaian ialah bagi orang yang tidak menunaikan solat (dengan sengaja) hingga masuk waktu solat yang lain.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ibrahim M.Yusof - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
- end blog-outer -->