Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah
dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat
jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan
azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun
untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan
tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar
Seruan Azan
Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri
dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya
Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila mendengar kamu panggilan Azan,
maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith
an-Nasa’i)
Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
: “Apabila kamu mendengar azan,
maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan
azan) itu.”
Ketika mendengar seruan Azan yang
dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklahmengikuti atau menjawab sama
sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebutdengan secara
perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3
kalimah berikut:
1. Apabila bilal atau
muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
2. Dan lafaz kalimah
berikut:
Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan
lafaz:
3. Ketika
Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :
Kita hendaklah
menjawab dengan lafaz :
Atau boleh dijawab
dengan lafaz yang lebih lengkap :
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim
menyebut :
“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan
azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang
berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan
yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk
menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di
dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama
dengannya….”
FADHILAT MENJAWAB LAFAZ DAN SERUAN AZAN
1. Hadis dari
Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka
ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa
mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali.
Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah
tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara
hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung
memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah
ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Imam
Muslim).
2. Menjawab dan
menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah s.a.w memberi
amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas ke dalam
telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan
tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.” (Riwayat Abu Hurairah
r.a.)
3. Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila
azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang
sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula
hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah
sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan
rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu
yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa
rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)