Berita Terkini :

Home » » Cara Iqamah Yang betul & Sempurna

Cara Iqamah Yang betul & Sempurna

Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu solat.Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.

Lafaz Iqamat  
Susunan kalimah-kalimah seruan Iqamat  atau Qamat ialah:-



 

Syarat-Syarat Iqamah
1.      Bacaan iqamah mesti diseru selepas azan.
2.      Iqamah sebaik-baik di baca oleh orang yang azan.
3.      Muazzin perlu mendapat izin daripada imam sebelum iqamah.
4.      Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada azan.
5.      Diucapkan, cukup sekadar dapat didengari oleh orang yang hadir 
         bersamanya.
6.      Dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali uzur atau ada halangan
         berbuat demikian.
7.      Menghadap ke arah kiblat.

Sunat Iqamah
1.      Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat
         azan.
2.      Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua
         baris ayat iqamah dengan satu nafas.
3.      Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.
4.      Menjawab seruan iqamah.
5.      Berselawat ke atas Nabi Muhammad  sebaik habis azan.
6.      Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad  kepada Allah.

Jarak Masa Iqamah
1.      Iqamah  tidak perlu cepat.
2.      Jarak antara azan dan iqamah, paling cepat kira-kira satu solat atau
         orang yang makan dapat menghabiskan makanannya.
3.      Imam berhak menentukan masa Iqamah, sama ada ia mengambil
         masa suku jam, satu petiga jam atau seumpamanya mengikut
         keperluan.  “Azan itu milik Allah dan iqamah itu milik imam”.
4.      Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di
         antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh
         agar membetulkan saf.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” (Hadis riwayat Ahmad)

Bersabda Rasulullah s.a.w lagi: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ibrahim M.Yusof - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger
- end blog-outer -->