Fadhilat
Dan Khasiat Surah Al-Waqiah
Surah Al-Waqiah ialah surah ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan
terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari
lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini,
yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang
hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan
orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia,
tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan
adanya hari berbangkit.
.
Al-Waqiah
Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa
khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai
bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad
Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a
suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah,
maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia
tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al-
Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah
surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah
surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak
akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada
anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa
membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis
sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akanmemudahkan
rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula.”
Khasiat
Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat
dan khasiat, antara lain:
1. Mereka yang membacanya
sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah
ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari
kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14
X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan
dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah
ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41
X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala
hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa
bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat
Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak.
Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan
seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi,
supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
·
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada
hari Jumaat.
·
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah
sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
·
Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib
bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125
kali.
·
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000
kali.
·
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan
sedekah.
·
Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada
waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul
Qursisekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7
X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk
menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi
mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan
untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan
kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang
hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh
juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan
mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah
ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di
mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka
puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan
sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat
fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X.
Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari
Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah
fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3. Pada malam Jumaat terakhir
ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X,
kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah
seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki
yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan
bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana
nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas
memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam
niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat
amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.