10 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL
Kolesterol ialah
bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel
dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber
utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol
pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan,
kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh
protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati
mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan
kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas
makan, hati mengeluarkan “chylomicron”
daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan
merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol
tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas
yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam
darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau
lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol
LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah,
dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol
baik.
Kolestrol
penyebab serangan jantung
Seseorang
individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL
yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein
LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan
bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak
kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin
sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri
koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri
koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia
tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.
Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah
dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian
otot jantung (serangan jantung).
Zarah
kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis”
dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui
hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol
pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
KACANG
SOYA
·
Mengandungi 48 peratus protein,
lesitin, vitamin dan zat galian.
·
Mampu menghindari penyakit jantung
dan kencing manis.
·
Kandungan kalsium dan mineral
membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein
ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein
ketumpatan tinggi
KUACI
·
Kaya dengan kandungan zat besi.
·
Amalkan makan kuaci jenis tawar
seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil
mengurangkan kolesterol.
BUAH KURMA
·
Buah kurma kaya dengan serat dan
kandungan flavonoid.
·
Mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
BUAH EPAL
·
makan sebiji epal atau jusnya setiap
hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan.
·
Memakan makanan segera dan
kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah
pembentukan lemak.
IKAN TUNA
·
Sumber asid omega-3 selain salmon dan
sardine.
·
Melindungi tubuh daripada peningkatan
kadar kolesterol LDL
KACANG TANAH
·
Kacang tanah yang dipanggang
mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E.
·
Vitamin E dapat membantu
menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak
daripada serangan jantung,
BUAH MANGGA
·
Kaya vitamin C.
·
Vitamin C berupaya mencegah LDL dalam
badan.
KISMIS
·
Mengandungi sebatian yang mampu
menurunkan kolesterol.
·
Amalan diet 400 kalori kismis setiap
hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus.
JAMBU BATU
·
Disyorkan makan buah jambu batu dalam
jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu. Dapat menurunkan paras
kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan
berat badan
OAT
·
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah
menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.