Memgapa perlu memilih siwak sebagai pembersih
gigi? Sebenarnya, banyak manfaat yang didapati dari pemakaian siwak
berbanding ubat gigi konvensional.
1. Diredhai Allah SWT dengan bersiwak,
seperti diungkapkan dalam hadis. Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Siwak itu pembersih mulut dan diredhai Allah.”(HR.
Ahmad)
2. Bersiwak menggandakan pahala solat;
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Keutamaan solat dengan
memakai siwak itu, setanding dengan 70 kali solat dengan tidak
memakai siwak.” (HR. Ahmad)
3. Salah satu manfaat yang utama,
seperti yang pernah diterbitkan penelitian di Sweden dalam ‘Journal of
Periodontology’ yang mendapati bahawa siwak mampu membunuh bakteria
yang boleh menyebabkan penyakit ‘periodontal’ (penyakit
gusi).
4. Siwak boleh mengeluarkan ‘fluorin’ yang
sama ditemui dalam ludah. Fluor sendiri adalah bahan yang biasa digunakan dalam
perubatan gigi kerana mempunyai fungsi yang baik untuk rangkaian gigi dan
mulut.
5. Penggunaan siwak dapat mengurangkan
bau mulut dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding penggunaan ubat
gigi konvensional. Haruman yang dihasilkan lebih lama bertahan di rongga mulut.
6. Siwak membersihkan kawasan ‘interdental’ (celah-celah
gigi) dengan lebih berkesan, kerana bentuknya yang seperti serabut
yang ‘multi-function’, sehingga lebih mudah menjangkau daerah
tersebut, berbanding bulu berus gigi yang “tegak” dan “keras”.
7. Siwak dapat merangsang ‘sekresi’ (pengeluaran
liur). Air liur atau ‘saliva’, mempunyai banyak manfaat untuk
kesihatan gigi dan rongga mulut, antaranya boleh mengurangkan keadaan “mulut
kering”, penyebab bau mulut.
Begitulah betapa besarnya hikmah dalam
penggunaan siwak ini, namun kerana kurangnya kesedaran dan pengamalan umat
Islam mengenai hal tersebut, maka tidak ramai yang beristiqomah menghidupkan
sunnah ini. Walaupun berus dan ubat gigi sekarang ini telah mempunyai bahan
tambahan seperti meggunakan siwak, tetapi masih belum ada ubat gigi dan berus
gigi yang dapat menyaingi fadhilat dan hikmah bersiwak.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)